Play with Purpose
Aktiviti yang menyeronokkan tetapi tetap mempunyai nilai perkembangan dan pembelajaran.
Kami membina ruang untuk kanak-kanak meneroka, mencuba, berfikir dan belajar melalui pengalaman yang dekat dengan dunia mereka — bermain.
The Wonder Kidi bermula dengan satu idea mudah: pembelajaran yang baik tidak semestinya terasa seperti “belajar”. Ia boleh bermula daripada menyusun, menyentuh, menyelesaikan cabaran, bercerita, mencipta dan bermain bersama keluarga.
Kami ingin membantu mummy dan daddy menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan bermakna untuk anak berumur 1 hingga 15 tahun.
Aktiviti yang menyeronokkan tetapi tetap mempunyai nilai perkembangan dan pembelajaran.
Memberi ruang untuk kanak-kanak mencuba, gagal, mencuba semula dan membina keyakinan.
Produk yang mudah digunakan dan membuka peluang interaksi berkualiti antara anak dan ibu bapa.
The Wonder Kidi dibangunkan dengan satu matlamat bersama — membantu kanak-kanak belajar, meneroka dan berkembang melalui pengalaman bermain yang menyeronokkan dan bermakna.
Bersama membangunkan The Wonder Kidi dengan visi untuk menghasilkan pengalaman pembelajaran yang kreatif, interaktif dan dekat dengan dunia kanak-kanak.
Bersama membentuk idea dan identiti The Wonder Kidi dengan fokus kepada pembelajaran melalui bermain, kreativiti dan pengalaman yang menyeronokkan untuk kanak-kanak serta keluarga.
Melalui play kit, aktiviti kreatif dan game-based learning yang relevan dengan setiap peringkat umur.